HARI SUKAN NEGARA 2021 SERENTAK DIADAKAN DI SELURUH MALAYSIA

245149483 232774448894030 3827819331744458181 n 245142607 232774515560690 5813186816598631626 n 245144458 232774728894002 2741630259219951311 n
245169420 232774562227352 5690534607085857046 n 245135537 232774908893984 1001527245335458664 n 245121783 232775405560601 3241518578420435117 n
244993829 232774955560646 1182143083765777276 n 245014168 232775785560563 2682679942650671451 n 245126326 232775538893921 1524074402774940261 n

 

KUALA LUMPUR, 9 OKT 21- Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM mewakili Panglima Tentera Udara serta beberapa pegawai kanan TUDM dan warga TUDM adalah di antara sebilangan warga pertahanan yang turut menjayakan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) peringkat Kementerian Pertahanan. HSN 2021 peringkat Kementerian Pertahanan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz dihadiri bersama oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; TKSU (Pembangunan), Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi; TKSU (Pengurusan), Dr. Anis bin Mahmud @ Abdul Samad; TKSU (Dasar), Tuan Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan dan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi berlangsung di Foyer Wisma Pertahanan bagi bersama-sama secara serentak mendengar ucapan dan pelancaran HSN 2021 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang bersiaran secara maya dari Dewan Podium, Menara KBS.

Di dalam ucapannya, Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana terdapat ruang berhimpun secara fizikal dan maya dalam norma baharu untuk meraikan Sambutan Hari Sukan Negara 2021 dengan tema ‘Towards Sporting Nation.’ Sejak HSN disambut bermula pada tahun 2015, negara telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan Keluarga Malaysia yang sihat, aktif dan cergas dan sambutan tahun ini yang berlangsung secara hibrid dan maya, bertujuan meraikan segala usaha dan kejayaan dalam membudayakan sukan dan riadah, seperti yang digariskan dalam Dasar Sukan Negara 2009. Berikutan endemik Covid-19, beliau mengajak agar menjadikan sukan dan riadah dalam norma baharu, sebagai amalan harian Keluarga Malaysia yang sihat, aktif dan cergas namun mengingatkan bahawa sepanjang tempoh bersukan dan beriadah untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan demi nyawa dan kesihatan seluruh Keluarga Malaysia.

Selesai pelancaran HSN 2021 oleh Perdana Menteri, program di peringkat Kementerian Pertahanan diteruskan dengan Senamrobik, “Fun Ride” dan “Fun Run”. Panglima Operasi Udara bersama-sama Panglima Angkatan Tentera dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan telah menyertai acara “Fun Ride” 5 km di sekitar kawasan Kementerian Pertahanan manakala sebilangan yang lain menyertai “Fun Run” 3.2 km.

TUDM akan terus menyokong program Kementerian Pertahanan bagi penganjuran Program Sambutan Hari Sukan Negara untuk memupuk dan menyemarakkan lagi semangat sukan dalam kalangan warga Pertahanan bukan sahaja bagi merealisasikan objektif Kementerian Belia dan Sukan tetapi sebagai agenda dalam menggalakkan budaya gaya hidup cergas dan sihat di kalangan warga TUDM demi kepentingan organisasi.