SAMBUTAN ULANG TAHUN VETERAN ATM KE-100 TAHUN

1 2 3
4 5 6

 

PUTRAJAYA, 21 Mei 22 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah hadir ke Sambutan Ulang Tahun Veteran ATM Ke-100 Tahun yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Persatuan Veteran ATM (PV ATM) yang ditubuhkan pada 20 Mei 1922 oleh Bekas Tentera British di Malaya merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan atau Non-Governmental Organization (NGO) tertua di Malaysia. PV ATM mempunyai bahagian di 14 buah negeri dan 246 cawangan di seluruh negara serta mempunyai ahli berdaftar melebihi 170,000 veteran ATM terdiri dari bekas pejuang negara.

7 8 9
10 11 12

 

PV ATM telah mencapai usia Satu Abad (100 tahun) dan dalam usia tersebut ahli-ahli PV ATM telah banyak menabur jasa, bakti dan pengorbanan terhadap negara terutama era semasa Darurat I (1948-1960) dan Darurat II (1968-1989) dalam menentang kegiatan pengganas komunis.

Sambutan ulang tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,Dato' Sri Muez bin Abd Aziz serta pegawai-pegawai kanan ATM.

#VeteranATM