PERASMIAN PROJEK PERUMAHAN SATU ANGGOTA SATU RUMAH (SASaR) WARDIEBURN DAN SETAPAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

KUALA LUMPUR, 9 Nov 23 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta warga TUDM telah hadir menyaksikan Perasmian Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Wardieburn dan Setapak bertempat di Kem Wardieburn, Setapak Kuala Lumpur pada hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Projek Perumahan SASaR. Seramai kira-kira 2,000 orang tetamu telah hadir menyaksikan majlis perasmian tersebut.

Projek pembinaan perumahan SASaR ATM Wardieburn dan Setapak ini merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan bagi memberi peluang kepada warga kerja pertahanan yang terdiri daripada anggota ATM, veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki kediaman yang selesa di Kuala Lumpur.

Projek perumahan SASaR ATM Wardieburn akan melibatkan pembinaan sebanyak 974 buah unit kediaman berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi. Manakala projek SASaR ATM Setapak akan melibatkan pembinaan secara berfasa sebanyak 6,400 buah unit kediaman dengan keluasan di antara 1,000 kaki persegi sehingga 1,200 kaki persegi.

Inisiatif Kementerian Pertahanan bagi menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa ini adalah selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM), Konsep Malaysia Madani, Kertas Putih Pertahanan, serta Pelan Strategik MINDEF 2021-2025 melalui Teras 1, iaitu Peningkatan Kesiagaan Keupayaan Pertahanan Dalam Melindungi Kepentingan Negara dan Teras 3, iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan.

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir adalah Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman serta Pegawai-Pegawai Tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer