KUALA LUMPUR, 8 Nov 23 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah hadir mewakili Panglima Tentera Udara ke Majlis Perasmian Hari Integriti Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2023 yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.
Bersempena dengan bulan November sebagai Bulan Integriti di peringkat nasional, βIntegriti Citra Malaysia Madaniβ telah dipilih sebagai tema sambutan bagi tahun 2023. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Dalam majlis ini, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi lima (5) pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Integriti sepanjang Bulan Integriti dari 18 hingga 31 Oktober 2023 iaitu Pertandingan Kuiz Secara Atas Talian, Pertandingan Poster Digital, Pertandingan Tiktok Integriti, Pertandingan Menulis Sajak Integriti dan Pertandingan Sudut Integriti.
Turut dilaksanakan adalah Forum Bicara Integriti bertajuk βMujahadah Kerjaya dan Hartaβ yang disampaikan oleh penceramah dan selebriti iaitu Ustaz Fauzi Mustaffa dan acara kemuncaknya adalah sesi cabutan bertuah kepada warga MinDef dengan kerjasama daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datin Roszanina binti Wahab serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan MINDEF.