PELANCARAN BUKU “A JOURNEY OF ADVENTURE” – MY LIFE IN THE ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE” KARYA SULUNG PANGLIMA TENTERA UDARA KE-10, LEFTENAN JENERAL TAN SRI DATO’ SERI ABDUL GHANI BIN TAN SRI ABDUL AZIZ TUDM (BERSARA)

1 2 3 4
5 6 7

 

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 23 - Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah merasmikan Pelancaran Buku “A Journey of Adventure” – My Life In The Royal Malaysian Air Force” sebuah penulisan hasil karya sulung Lt Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Ghani bin Tan Sri Abdul Aziz TUDM (Bersara) iaitu Panglima Tentera Udara Ke-10.

Majlis yang dilaksanakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Pegawai-pegawai Kanan TUDM selain daripada mantan Panglima Angkatan Tentera; mantan-mantan Panglima Tentera Udara serta mantan-mantan pegawai kanan ATM dan TUDM.

Lt Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Ghani bin Tan Sri Abdul Aziz TUDM (Bersara) adalah Panglima Tentera Udara Ke-10 dan menamatkan perkhidmatan pada 9 Ogos 1996. Buku karangan beliau ini adalah berkisarkan perjalanan kerjaya beliau sepanjang menabur bakti di dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Segala pengetahuan, pengalaman dan cabaran yang ditempuhi dikongsikan bersama mengikut pengalaman sebenar. Beliau percaya bahawa setiap usaha yang dilakukan demi perkhidmatan bukanlah sekadar untuk kepentingan diri, bahkan untuk mewujudkan pembaharuan demi organisasi TUDM pada ketika itu agar bangkit dari kemunduran.

Beliau ditauliahkan dalam TUDM pada 13 September 1964 dan menjalani latihan asas penerbangan sebelum ditugaskan sebagai juruterbang helikopter pada bulan Mei 1965. Beberapa tahun kemudian beliau telah menukar kerjayanya kepada juruterbang pejuang dan bermulanya era kecemerlangan kerjaya beliau sebagai juruterbang pejuang. Beliau seterusnya diamanahkan untuk memegang jawatan Ketua Skuadron sebagai Pegawai Memerintah TUDM Butterworth pada 1 September 1981. Beliau juga mendapat latihan penerbangan jet di luar negara.

Selepas memerintah Pangkalan TUDM Butterworth selama 2 tahun, beliau dilantik mengetuai Tim Nukleus Markas Pemerintahan Pertahanan Udara (MPPU) yang baharu ditubuhkan pada tahun 1983 dan kemudiannya dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral setelah perjawatan MPPU diluluskan pada tahun 1984 yang menjadi sejarah tersendiri beliau menjadi Panglima Pertahanan Udara yang pertama. Beliau kemudiannya dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral pada tahun 1989 semasa menjawat jawatan yang sama sebelum menjadi Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU) pada 1 Disember 1991. Seterusnya, beliau dilantik ke jawatan tertinggi dalam TUDM menjadi Panglima Tentera Udara pada 19 Mac 1993 dan dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral TUDM. Semoga dengan adanya penerbitan buku seumpama ini, ianya dapat menjadi sumber rujukan dan dorongan kepada seluruh warga ATM amnya dan TUDM khasnya agar terus menerajui organisasi dan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan penuh iktikad.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer