![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SHAH ALAM, 4 Ogos 23 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datoโ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan Penyampaian Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (AITUDM) Tahun 2023 bertempat di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang hari ini. Anugerah inovasi merupakan acara yang sangat berprestij dalam kalendar program TUDM yang dikoordinasi oleh Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM pada setiap tahun.
Sambutan Hari Inovasi TUDM pada tahun ini telah memilih tema โ๐๐จ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ง๐๐ ๐ง๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐โ. Sepertimana dalam ucapan Panglima Tentera Udara, beliau menjelaskan bahawa TUDM memerlukan warga yang inovatif dan kreatif demi memastikan transformasi CAP 55 yang direncanakan oleh TUDM mempunyai momentum kemajuan yang berterusan sehingga segala yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.
Tambah beliau lagi, setiap program transformasi tersebut akan diiringi dengan kerencaman cabaran, sama ada dari segi operasi, latihan, senggaraan, sumber kewangan mahupun sumber manusia. Walau bagaimanapun, beliau yakin setiap satu cabaran ini pasti boleh diatasi dan dieksploitasi dengan wujudnya budaya inovatif dan kreatif yang tinggi di kalangan warga TUDM. TUDM memerlukan Warga Udara yang mempunyai kriteria "๐๐ต๐ถ๐ป๐ธ๐ถ๐ป๐ด ๐๐ผ๐น๐ฑ๐ถ๐ฒ๐ฟ", "๐ฟ๐ถ๐ด๐ต๐ ๐ฎ๐๐๐ถ๐๐๐ฑ๐ฒ" ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ ๐ถ๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ๐ณ demi memacu ke arah kejayaan pencapaian Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM yang juga dikenali dengan CAP 55.
Justeru, bagi melonjakkan budaya inovasi sebagai salah satu elemen penting ke arah transformasi yang progresif, beliau menyeru semua peringkat kepimpinan di setiap lapisan formasi-formasi udara agar memacu pemikiran inovatif dan kreatif di kalangan warga TUDM semasa melaksanakan tugasan harian dan tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan tonggak keempat di dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu โ๐ ๐๐ก๐๐ข๐ฃ๐ง๐๐ ๐จ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ฆ๐โ.
Dalam AITUDM 2023, Empat (4) kategori telah dipertandingkan dan keputusan pemenang adalah seperti berikut:
1. Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan โ Penciptaan.
a. Johan : No 5 Skn , PU Labuan. - Inovasi "Water Tray"
b. Naib Johan: No 12 Skn,PU Gong Kedak - Inovasi "Cobra Canopy Cover".
c. Tempat Ketiga: Skn 330 TUDM, PU Kuching - Inovasi "Smart Radar".
2. Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan โ Penambahbaikan.
a. Johan: IKK & Cwng Bomba, PU Sendayan -Inovasi "SLOPT".
b. Naib Johan: No 12 Skn, PU Gong Kedak- Inovasi "ARM-TSV PRO".
c. Tempat Ketiga: INSPEN 2, Kolej Tentera Udara- Inovasi "CARACAL".
3. Kategori Inovasi Sosial - Penciptaan.
a. Johan: No 12 Skn, PU Gong Kedak - Inovasi "LWVM".
b. Naib Johan: Akademi Tentera Udara- Inovasi "Wild Boar Spikes".
c. Tempat Ketiga: No 6 Skn,PU Labuan - Inovasi "Rider Vest"
4. Kategori Inovasi Sosial - Penambahbaikan.
a. Johan: Cawangan Operasi, PU Subang - Inovasi "Flash Night".
b. Naib Johan: ITSBL, PU Butterworth - Inovasi "Smart Parcel Box".
c. Tempat Ketiga: No 2 Skn, PU Subang - Inivasi "Smart Flood Detector"
Setiap pemenang iaitu Johan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000.00, sijil dan piala iringan; Naib Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00 dan sijil manakala tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 dan sijil.
Dalam majlis ini, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan penyampaian anugerah bagi Anugerah Terbang Selamat, Green Endorsement dan Stereng Emas. Anugerah Terbang Selamat dianugerahkan kepada juruterbang sebagai pengiktirafan di atas keupayaan serta kemampuan di dalam menerbang dan mengendalikan pesawat TUDM tanpa mengalami sebarang insiden/kemalangan yang berpunca daripada kesilapan juruterbang itu sendiri (aircrew factor). Penerima Anugerah Terbang Selamat (ATS Pin Gangsa) adalah Lt Kol Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM, PSS 1 Markas ATM- BPP; Lt Kol Ryan Mackeith Stevenson TUDM, Pegawai Memerintah INSPEN 1 dan Mej Mohd Husni bin Mohd Tarmizi TUDM, Pegawai Laksana No 10 Skn.
Anugerah Green Endorsement telah dianugerahkan kepada Lt Kol Paranjothi Manogharan TUDM, Pegawai Memerintah No. 10 Skn dan Mej Rakeshswaran A/L Murthy TUDM, Juruterbang Operasi No 10 Skn. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berjaya melakukan tindakan serta merta kepada pesawat yang mengalami masalah enjin semasa melakukan operasi penerbangan yang mana mereka berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat tanpa sebarang kerosakan pada harta benda dan nyawa.
Anugerah Stereng Emas pula merangkumi kategori Pemandu Cemerlang dan Fleet Kenderaan Terbaik. Anugerah ini diwujudkan bertujuan untuk memupuk semangat budaya kerja cemerlang di kalangan anggota Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) bagi memberi perkhidmatan yang lebih profesional dan selamat serta mengiktiraf pengurusan fleet kenderaan terbaik yang telah mempamerkan โMT Best Practicesโ. Johan bagi Anugerah Pemandu Terbaik dimenangi oleh Sjn U Awangku Mohamad Sopian bin Awangku Maun dari PU Subang ; Tempat kedua dimenangi oleh Kpl U Mohd Norhairul Nizam bin Tapa dari Sekolah Latihan Tempur TUDM manakala tempat ketiga, Kpl U Ahmad Zaiful bin Dahlan dari Kolej Tentera Udara. Bagi Anugerah Fleet Kenderaan
Terbaik, Johan disandang oleh Fleet Kenderaan PU Kuantan; Tempat kedua, PU Sendayan manakala tempat ketiga dimenangi oleh PU Butterworth.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Datoโ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM dan warga TUDM.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Inspektorat Jeneral TUDM dan ahli jawatankuasa pemandu inovasi di atas kecemerlangan menganjurkan acara AITUDM 2023. Terima kasih juga kepada barisan panel penilai yang dijemput khas dari Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga pegawai dari TUDM kerana telah mempamerkan komitmen yang tinggi untuk mengadili konvensyen horizon baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat TUDM pada bulan Mei yang lepas dengan jayanya.
Pelaksanaan program ini menjadi bukti komitmen TUDM terhadap usaha-usaha menyemarakkan pembudayaan inovasi di kalangan warga TUDM dan sebagai dorongan untuk berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keupayaan penyampaian perkhidmatan.