PULAU PINANG, 25 Julai 22 – Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM merupakan antara penerima darjah kebesaran di Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 sempena Hari Ulang Tahun Ke-73 Tuan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Mejar Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran “Dato’” oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak di Dewan Sri Pinang, George Town.
Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Panglima Wilayah Udara 1. Sesungguhnya pengurniaan ini adalah merupakan satu pengiktirafan oleh kerajaan negeri di atas jasa dan sumbangan bakti yang telah dicurahkan.