PANGLIMA TENTERA UDARA MENDAHULUI SENARAI PENERIMA DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT) TAHUN 2022

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 18 Okt 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM mendahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Tahun 2022 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Balairung Istana Negara, hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM. Beliau mendahului senarai 68 penerima dari Tentera Udara Diraja Malaysia yang menerima DKAT pada sesi pertama istiadat hari ini.

Sementara itu, dua (2) Pegawai Kanan TUDM turut dikurniakan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) iaitu Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM dan Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan (AKS P&P), Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM.

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Selain itu, seramai empat (4) Pegawai Kanan berpangkat Kol TUDM dianugerahkan Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), manakala 37 pegawai berpangkat Lt Kol TUDM kebawah dianugerahkan Darjah Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan 24 anggota Lain Lain Pangkat dianugerahkan Darjah Bentara Angkatan Tentera (BAT).

Turut hadir ke Istiadat Pengurniaan DKAT ialah Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT). Semoga dengan penganugerahan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada penerima untuk terus maju jaya dalam perkhidmatan dan menyumbang jasa bakti demi kedaulatan negara tercinta.