MESYUARAT 12TH RMAF-RAAF AIR STAFF TALKS 2020

1 3 4
5 6 7
8 9

 

SUBANG, 14 Okt 20 – Mesyuarat Air Staff Talks ke 12 antara TUDM dan Royal Australian Air Force (RAAF) telah diadakan secara Video Tele-Conferencing di Bilik Mesyuarat Utama Markas Pemerintahan Operasi Udara, PU Subang. Pada tahun ini, TUDM telah menjadi hos bagi mesyuarat tersebut yang mana telah dipengerusikan secara bersama oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh TUDM dan Air Commander Australia, Air Vice Marshal Joe Iervasi.

Mesyuarat ini merupakan platform bagi membincangkan kerjasama dua hala pertahanan diantara TUDM dan RAAF. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Penasihat Pertahanan Australia di Kuala Lumpur, Pegawai Staf 1 MAJDP dari MATM-BOLP dan delegasi dari TUDM.