MAJLIS SANTAPAN BERADAT SEMPENA HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE- 88 BERSAMA KDYMM SPB YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG

1 2 3
4 5 6


KUALA LUMPUR, 17 Dis 21 - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-88 yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan isteri Puan Sri Norainy binti Shahar Alam; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Datin Sri Bibi Nasrat Jahan binti Gulab Khan ; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM dan isteri, Datin Indera Dr Hajah Sorayah bt Sidek ; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri Datin Indera Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor ; Panglima Pendidikan & Latihan Udara Mej Jen Dato' Shahada bin Ismail dan isteri, Datin Dr Halina bt Haron serta Pegawai-pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama pasangan turut sama hadir dalam Majlis Santapan Beradat bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang dihoskan kali ini oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Majlis Santapan Beradat bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kali terakhir diadakan pada tahun 2019 yang dihoskan oleh TUDM sempena memuliakan Baginda berdua. Pada tahun 2020, majlis rejimental ketenteraan dalam meraikan Hari ATM ini tidak dapat dilaksanakan atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang penularan wabak COVID-19. Atas dasar kelonggaran dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), majlis ini dilaksanakan dengan ketetapan pematuhan SOP COVID-19 bagi majlis rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM dan isteri; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan dan Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain.