SENDAYAN, 11 Jun 22 – Seramai 50 peserta kursus berpangkat F/Sjn daripada pelbagai ketukangan dan pasukan telah berjaya menamatkan Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 63/22. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di Auditorium Rajawali, PU Sendayan.
Terdahulu,majlis dimulakan dengan pembentangan kajian kes oleh para peserta kursus yang bertajuk ‘Perlaksanaan SNCO Empowerment di dalam TUDM. Sejauh Mana Keberkesanannya?’
Kursus ini telah dilaksanakan selama 5 minggu bermula 9 Mei hingga 11 Jun 22 di INSKEP, PU Sendayan, merangkumi modul 'Leadership', 'Military Ethic' dan 'Military Drill'. Objektif kursus adalah bagi melahirkan bakal-bakal Pegawai Waran yang akan melaksanakan tugas dan jawatan di pasukan kelak. Penuntut Terbaik Keseluruhan telah dinobatkan kepada F/Sjn Mohamad Hafiz bin Kamarudin dari Skn 340.
Majlis ini turut disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM; Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM; Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM; Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM,para pegawai, pegawai waran dan barisan jurulatih.
Tahniah kepada semua penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran KKPW Siri 63/22.