MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) KEPADA 700 VETERAN ATM IKTIRAF JASA TENTERA PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

21 1 2
3 4 5
6 7 8

 

KUALA LUMPUR, 7 Feb 23 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir ke Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Dalam majlis ini, seramai 700 orang Veteran ATM telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia. Penganugerahan PJM telah dilaksanakan bermula 3 Mac 2004 merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada ancaman pengganas komunis. Penganugerahan ini hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

9 10 11
12 13 14
15 16 17
18 19 20

 

Sehingga hari ini, seramai 33,632 warga Veteran ATM telah menerima Pingat Jasa Malaysia.

Turut hadir ke majlis ini ialah Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali; Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Zambery Jefry bin Hj Darus serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer