MAJLIS PEMAKAIAN BERET PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, PENYERAHAN BENDERA MALAYSIA DAN PENGHANTARAN KUMPULAN PERTAMA MALBATT 850-10 KE LUBNAN

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 27 Okt 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir bagi menyaksikan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-10 Ke Lubnan di Perkarangan Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein ini turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain, Pesuruh Jaya Tinggi Kedutaan Brunei Darussalam serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

7 8 9
10 11 12

 

Kumpulan MALBATT 850-10 terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) termasuk 3 pegawai dan 27 anggota LLP daripada ABDB serta seorang Pegawai Awam Kewangan Kementerian Pertahanan.

MALBATT 850-10 akan diaturgerak dalam 4 peringkat bermula dengan penghantaran Kumpulan Pertama pada hari ini yang akan meneruskan Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin.

13 14 15
16 17 18

 

Perbarisan Kumpulan Pertama MALBATT 850-10 pada hari ini dianggotai oleh 49 pegawai dan 165 LLP dan diketuai oleh Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman bin Haji Ramli. Selamat Bertugas di Lubnan kepada Kumpulan MALBATT 850-10 khususnya kepada Warga TUDM dan warga ATM dan pasukan sahabat ABDB yang kali ini pemergian mereka turut diiiringi doa dan restu daripada keluarga tercinta yang berada di perkarangan Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang.

#MALBATT850-10