BANTING, 27 Okt 22 - Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Latihan Menembak Rifle Colt M4 Carbine bermula pada 26 hingga 27 Oktober 2022 di Lapang Sasar Batu Hampar Jugra.
Latihan menembak ini adalah acara dwi tahunan yang dianjurkan oleh Markas melibatkan pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) bertujuan menguji tahap kemahiran setiap pegawai dan anggota agar sentiasa siaga dalam mengendalikan senjata.
Hari kedua latihan menembak turut disertai oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Ketua Staf MPBU, Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM; Ketua Staf Khidmat MPBU, Kol Sharani bin Kamaruddin TUDM bersama Pegawai-Pegawai Eksekutif MPBU yang lain. Di majlis yang sama juga telah diadakan pertandingan menembak piring kategori Rifle Colt M4 Carbine yang telah dimenangi oleh pasangan Lt Kol Ramli bin Hj Endut TUDM dan Lt Amirul Ashraf bin Mohamad Noor Steven TUDM.
Latihan menembak yang diadakan ini telah pun mencapai objektifnya dimana keyakinan dan kecekapan pegawai dan anggota dapat dilihat semasa mengendalikan senjata. Selain itu juga latihan ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan dan telah meningkatkan lagi daya saing yang tinggi bagi memperolehi kejayaan di dalam setiap perkara yang dilakukan.