KUALA LUMPUR, 8 Mac 22 - Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini dengan rasminya telah menyerahkan jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara kepada Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM.
Serah terima tugas yang diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan ini turut disaksikan oleh pegawai-pegawai Kanan TUDM serta anggota lain-lain pangkat.
Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara yang baharu.