HARI PERTAMA JEN DATO' SRI MOHD ASGHAR KHAN BIN GORIMAN KHAN TUDM MULAKAN TUGAS SEBAGAI PANGLIMA TENTERA UDARA

1 2 4
5 8 9

KUALA LUMPUR, 8 Mac 22 - Jeneral Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM secara rasminya memulakan tugas sebagai Panglima Tentera Udara di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, hari ini. Beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Udara ke-20 menggantikan Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, semalam.

Sebaik ketibaannya kira-kira jam 8.30 pagi, Jeneral Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang mengiringi Panji-panji No 20 Skuadron daripada Pasukan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama TUDM di Dataran Wisma Pertahanan.

7 10 11


Kawalan Kehormatan Utama (KKU) terdiri daripada 4 pegawai dan 137 anggota Lain-lain Pangkat, diketuai oleh Mejar Amir Firdaus bin Mohd Baidi TUDM; Kapten Mohamad Hafizi bin Hamid TUDM selaku Penolong Ketua Kawalan; manakala Kapten Muhammad Firdaus bin Mohd Zaini TUDM, pegawai pembawa panji-panji No 20 Skn serta diiringi Pancaragam Pusat TUDM dibawah pimpinan Kapten Sabri bin Hamil TUDM.

Seterusnya, Jeneral Dato' Sri Mohd Asghar Khan TUDM di sambut oleh barisan pengurusan tertinggi TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang bertugas di Wisma Pertahanan. Beliau kemudiannya secara rasmi memasuki Pejabat Panglima Tentera Udara dan disambut oleh para pegawai dan staf pejabat Panglima Tentera Udara.

#panglimatenteraudarake20
#TenteraUdaraDirajaMalaysia
#SentiasaDiAngkasaRaya