SUBANG, 9 Feb 23 - Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Latihan Menembak Pistol bermula pada 8 dan 9 Februari 2023 di Lapang Sasar Pistol 25 Meter Pangkalan Udara Subang.
Latihan menembak ini adalah melibatkan pegawai dan anggota bertujuan menguji tahap kemahiran agar sentiasa siaga dalam mengendalikan senjata.
Hari kedua latihan menembak turut disertai oleh Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Ketua Staf MPBU, Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM dan Ketua Staf Khidmat MPBU, Brig Jen Sharani bin Kamaruddin TUDM serta Pegawai-Pegawai Eksekutif MPBU yang lain.
Latihan menembak yang diadakan ini telah pun mencapai objektifnya dimana keyakinan dan kecekapan pegawai dan anggota dapat dilihat semasa mengendalikan senjata. Selain itu juga latihan ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan dan telah meningkatkan lagi daya saing yang tinggi bagi memperolehi kejayaan di dalam setiap perkara yang dilakukan.