23 HINGGA 27 MEI 2023 PENETAPAN TARIKH PAMERAN BERPRESTIJ LIMA 2023 DI LANGKAWI

WhatsApp Image 2022 06 08 at 40938 PM WhatsApp Image 2022 06 08 at 40939 PM WhatsApp Image 2022 06 08 at 40940 PM
WhatsApp Image 2022 06 08 at 40942 PM WhatsApp Image 2022 06 08 at 40944 PM 1 WhatsApp Image 2022 06 08 at 40947 PM 1

 

KUALA LUMPUR, 8 Jun 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menghadiri Majlis Pra-Pelancaran Penganjuran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) 2023 yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein di Auditorium, Wisma Pertahanan. Turut serta di majlis pra-pelancaran ialah Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, pegawai kanan tentera serta pegawai kanan awam Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan.

Di majlis ini juga, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Muez Abd Aziz bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak turut menandatangani dokumen pelantikan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd sebagai penganjur bersama LIMA 2023 yang disaksikan oleh kedua-dua Menteri dan Panglima Angkatan Tentera.

YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein secara rasminya mengumumkan tarikh penganjuran pameran LIMA 2023 yang akan dianjurkan pada 23 hingga 27 Mei 2023 di Pulau Langkawi selepas ianya tertunda sejak tahun 2021 disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Edisi kali ini bakal menjadi LIMA yang ditunggu-tunggu memandangkan kali terakhir diadakan pada tahun 2019.

Dalam kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, beliau menjangkakan LIMA 2023 akan berlaku peningkatan seterusnya berpotensi menjadikan jumlah pempamer, astaka negara terlibat, pelawat perdagangan dan awam, tetamu serta aset di LIMA sebagai yang terbesar pernah direkodkan. Ini sekaligus menjadi medan terbaik bagi syarikat-syarikat industri pertahanan dari seluruh dunia khususnya berkaitan aeroangkasa dan maritim untuk kembali bertemu secara bersemuka serta dapat membuka lebih peluang dalam usaha menghubung dan mempromosikan kerjasama strategik antara syarikat industri pertahanan tempatan dengan antarabangsa selari dengan matlamat Dasar Industri Pertahanan Negara.

Tambah beliau, terdapat beberapa pembaharuan yang dapat disaksikan di LIMA 2023, di antaranya ialah memperkenalkan segmen pertunjukan dron, menampilkan segmen teknologi angkasa, Forum CEO syarikat penerbangan, program menyeluruh untuk remaja termasuk berkaitan pendidikan, kerjaya serta pertandingan permainan elektronik (egames) dan segmen wanita dalam pertahanan.

Demi memastikan kelancaran LIMA 2023, penganjurannya akan sekali lagi diselaraskan bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.