πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πˆππ’ππ„πŠπ“πŽπ‘ 𝐉𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀

WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.17.06 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.17.08 1 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.17.08 2
WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.17.08 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.17.09

 

KUALA LUMPUR, 3 Feb 25 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Inspektor Jeneral Tentera Udara di antara Mej Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM dan Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.

Simbolik kepada acara ini, Mej Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM telah menyerahkan sijil dan nota serah terima tugas kepada Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.

Acara yang berlangsung di Eagle Nest, Markas Tentera Udara ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM dan para pegawai MTU- Inspektorat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Mej Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM di atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan sebagai Inspektor Jeneral Tentera Udara. Tahniah diucapkan kepada Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM atas pelantikan sebagai Inspektor Jeneral Tentera Udara yang baharu.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
Β 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer