![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 3 Feb 25 β Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Inspektor Jeneral Tentera Udara di antara Mej Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM dan Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.
Simbolik kepada acara ini, Mej Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM telah menyerahkan sijil dan nota serah terima tugas kepada Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.
Acara yang berlangsung di Eagle Nest, Markas Tentera Udara ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM dan para pegawai MTU- Inspektorat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Mej Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM di atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan sebagai Inspektor Jeneral Tentera Udara. Tahniah diucapkan kepada Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM atas pelantikan sebagai Inspektor Jeneral Tentera Udara yang baharu.