GEMAS, 13 Ogos 24 β Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan Tahun 2024 (LKT 2024) di bawah Ketumbukan Gabungan Penggempur 3 Divisyen (3 Div), Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berlangsung di Lapang Sasar Gemas, Negeri Sembilan hari ini.
LKT merupakan latihan medan secara bersama (combine arms) yang merangkumi 2 segmen utama iaitu Dinamik dan Tembakan Tidak Langsung. Tentera Udara Diraja Malaysia turut terlibat dalam LKT melibatkan pesawat Su-30MKM, F/A-18D Hornet, Hawk dan EC 725AP.
LKT yang dilaksanakan pada setiap tahun ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) siri 53/2024 dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) kepada kuasa tembakan. Seramai 180 orang Pegawai Tentera terlibat dan terdiri dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), termasuk 36 Pegawai Tentera dari luar negara sedang mengikuti kursus di MTAT.
Tahun ini, latihan telah memberi tumpuan kepada penggunaan dron untuk pengintipan dan serangan, meningkatkan keberkesanan tembakan tidak langsung dengan bantuan aset udara serta integrasi operasi darat dengan sokongan udara. Latihan ini juga menguji keupayaan komunikasi dan koordinasi antara unit-unit berlainan dalam situasi pertempuran yang kompleks.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datoβ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Datoβ Zahani bin Zainal Abidin TUDM serta pegawai-pegawai kanan dan anggota LLP ATM.