πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ πŒπ€π‘πŠπ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π”ππˆπ“ πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀

1 2 3



SENDAYAN, 14 Ogos 24 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada dua (2) pegawai markas dan unit di bawah naungan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), hari ini.

Lt Jen Dato’ Hj Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Mej Ir. Mohd Yusri bin Mokhtar TUDM yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Kejuruteraan, Kolej Tentera Udara (KTU). Manakala, Kapt Ts. Ahmad Zarulhafiz bin Ahmad Zakaria TUDM pula dinaikkan pangkat ke Mejar TUDM dan akan memegang jawatan sebagai Pegawai Staf 2 Latih C MPPLU.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara serta seluruh warga MPPLU mengucapkan sekalung tahniah kepada Lt Kol Ir. Mohd Yusri bin Mokhtar TUDM dan Mej Ts. Ahmad Zarulhafiz bin Ahmad Zakaria TUDM yang telah dinaikkan pangkat tersebut. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan turut menjadi motivasi dan inspirasi kepada pegawai dan anggota TUDM yang lain.