SENDAYAN, 25 Okt 22 – Pengarah Perundangan, Kol Dr Norazrin bin Shamsudin TUDM telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat anggota LLP MTU-Perundangan bertempat di Dataran Perundangan.
Upacara ini menyaksikan dua (2) anggota LLP MTU-Perundangan telah dinaikkan pangkat iaitu F/Sjn Haznan bin Hazali yang dinaikkan pangkat ke Pemangku PW U II dengan memegang jawatan sebagai Pegawai Waran Perundangan. Selain itu, LU Faiz Asyraf bin Mohd Azmi dilantik ke Laskar Udara Kanan.
Seluruh warga MTU - Perundangan mengucapkan tahniah diatas kenaikan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan khususnya dan menjadi motivasi kepada anggota yang lain.