PORT DICKSON, 22 Okt 22 - Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Wilayah Udara 1 Siri 2/2022 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Okt 22 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi semua ahli menyumbang buah fikiran, bertukar pandangan dan mencapai kesepakatan bersama. ‘Kompetensi Teras Kesiagaan’ merupakan tema yang dipilih dan ia merupakan agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini yang mana ianya merangkumi penilaian terhadap skill, knowledge dan attitude setiap lapisan pegawai dan anggota yang berkhidmat dalam TUDM.
Beberapa pembentangan telah dilakukan antaranya ialah:
a. Isu dan Cabaran Operational Readiness, Competency Anggota dan Pelaksanaan SNCO Empowerment di Peringkat Pangkalan.
b. Pengurusan Kompetensi di dalam TUDM: Keberkesanan dalam Aspek Operasional dari Perspektif Pakar Akademik.
c. SNCO Empowerment dalam TUDM: Keberkesanan, Isu, Cabaran dan Penambahbaikan.
d.
Resolusi-resolusi yang terhasil diharap mampu diangkat sebagai tindakan atau cadangan kepada penambahbaikan terhadap pengoperasian MAWILUD 1 dan unit-unit di bawah naungan.