KUALA LUMPUR, 16 Jan 2024 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI-AU)
sedang melaksanakan Initial Planning Conference (IPC) bagi Eksesais ELANG MALINDO Siri 29/24 bertempat di AnCasa Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
Dalam mesyuarat ini, seramai 7 orang pegawai TUDM yang diketuai oleh Kol Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid TUDM, AKS A7 Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah terlibat. Manakala daripada pihak TNI-AU juga turut melibatkan 7 orang pegawai yang diketuai oleh Kolonel Pnb Asep Wahyu Wijaya.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi merancang segala aspek pentadbiran, bantuan serta keperluan logistik sebelum, semasa dan selepas Eksesais ELANG MALINDO 29/24 agar eksesais ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta teratur.
Kerjasama erat yang ditunjukkan oleh kedua-dua angkatan udara ini menjadi bukti Malaysia dan Indonesia sentiasa komited dalam memelihara keamanan serantau dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah terjalin.