MAJLIS MAKAN BERADAT WISMA PERWIRA PANGKALAN UDARA GONG KEDAK TAHUN 2024

2 3 4
5 6 7

 

GONG KEDAK, 17 Jan 24 – Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira Pangkalan Udara Gong Kedak (PU GK) telah menganjurkan Majlis Makan Beradat Wisma Perwira PU GK bagi Tahun 2024 di Grand Ballroom, Hotel Renai, Kota Bharu, Kelantan. Kehadiran Majlis makan beradat ini melibatkan seramai 89 pegawai dan 44 pasangan dari PU Gong Kedak dan seramai 7 orang pegawai yang telah bertukar keluar.

Di samping untuk meraikan pegawai-pegawai yang bertukar keluar sepanjang tempoh bagi tahun 2022 hingga 2024, Majlis Makan Beradat ini juga dilaksanakan adalah sebagai salah satu platform bagi sesi ramah mesra dan mengeratkan silaturrahim dikalangan pegawai-pegawai PU GK serta mengekalkan salah satu program regimental sebagai anggota tentera.

8 9 10
11 12 13

 

Semasa majlis makan beradat berlangsung, majlis diserikan dengan persembahan dari Band D’Ocean dari Batalion ke-18 RAMD dan penari jemputan khas dari kumpulan Pertubuhan Senitra Jastera Kelantan. Majlis turut dipersembahkan dengan tayangan montaj dan penyampaian cenderahati kepada pegawai bertukar keluar yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM.

YDP Wisma Perwira, Lt Kol Mohd Noraihan bin Abdul Karim TUDM semasa ucapan, beliau telah menzahirkan rasa penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira di atas komitmen dan kejayaan merealisasikan program makan beradat. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat dan majlis rejimental ini akan diteruskan pada masa hadapan.