TEMURAMAH JEJAK KERJAYA KOMANDER PANGKALAN BERSAMA PELAJAR SEMSAS

DSC 4836 DSC 4837 DSC 4841
DSC 4842 DSC 4843 DSC 4844

 

KUANTAN, 7 Okt 22 – Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) hari ini telah membuat lawatan dan temuramah bersama Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM di Storm Shelter No 17 Skn.

Seramai lapan (8) Orang Pemimpin murid yang terpilih daripada Sekolah SEMSAS diberi peluang untuk menemubual Komander Pangkalan bagi memberi pendedahan alam kerjaya kepada pemimpin pelajar dan membentuk nilai seorang pemimpin yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Selain itu ia juga dapat memberi pengalaman sebenar mengenai aspek kepimpinan pemimpin dan melahirkan pelapis pemimpin yang mempunyai ‘soft skills’.

DSC 4851 DSC 4865 DSC 4885

 

Sesi temubual dimulai dengan sesi perkenalan diri dari 8 orang pemimpin pelajar dan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.