LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS LT KOL NORAZMAN BIN AHMAD TUDM

1 2 3

 

KUALA LUMPUR, 11 Okt 22 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM dan isteri, Puan Mazilawati binti Musa telah membuat lawatan kebajikan ke atas Lt Kol Norazman bin Ahmad TUDM yang menghidap sakit buah pinggang kediamannya di RKAT Desa Wangsa Keramat, Kuala Lumpur.

Turut serta menziarahi beliau ialah wakil dari Cawangan Operasi PU Subang iaitu Ketua Penempatan P4, Mej Nur Afida binti Amat Puad TUDM; Ketua Flait Kawalan Trafik Udara, Mej Suzenna binti Idrus TUDM; Pegawai Waran Cawangan Operasi, PW U II Muhamad Noor Azmin bin Sharifudin dan Lt Muhammad Faqih bin Sabri TUDM mewakili Sel Kebajikan TUDM.

AKS Tadbir dan isteri meluangkan masa menyantuni, bertanya khabar keadaan beliau setelah dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 8 Okt baru-baru ini.

Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar beliau dipermudahkan urusan menjalani rawatan perubatan, diberi kekuatan dan ketabahan jiwa serta kesabaran di dalam menghadapi ujian kesihatan dan dikurniakan kesembuhan oleh Yang Maha Esa.

#SentiasaDiAngkasaRaya
#SelKebajikan
#WargaUdara
#TonggakKeenamKebajikanSosialDanKelestarianWarga