KINRARA, 29 Mac 2021– Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM telah mengadakan Sesi Dialog Pegawai Memerintah bersama staf INSMAT bagi tahun 2021 bertempat di Auditorium INSMAT TUDM Kinrara.
Sesi Dialog ini merupakan inisiatif TUDM untuk merapatkan jurang antara Pegawai Memerintah dan anggota dalam menangani isu-isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan. Beliau juga menitik beratkan tentang perkara-perkara yang perlu beliau ketahui dan pelaksanaan tindakan yang perlu diambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Cabaran yang telah dikenalpasti ini akan dibawa ke pihak atasan TUDM dan tindakan penyelesaian akan dibincangkan secara efektif oleh pihak atasan TUDM.
Di samping itu, sesi dialog ini juga bertujuan untuk meningkat kesedaran keselamatan, kesihatan dan kebajikan di kalangan staf INSMAT. Budaya Kerja Selamat dan Sihat dalam konteks persekitaran kerja adalah amalan bekerja secara selamat dan sihat yang ditakrifkan sebagai nilai asas yang melindungi serta meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan individu dan persekitaran.