GONG KEDAK, 11 Ogos 21 - Serah Terima Tugas Pegawai Pakar Perubatan Pergigian Angkatan Tentera Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan di Foyer, Pusat Pergigian PU Gong Kedak.
Upacara serah terima tugas di antara Mej (Dr) Hazama binti Mohd Nor dengan Mej (Dr) Mohd Najib bin Md Razi telah disaksikan oleh Pemangku Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM.
Seluruh warga PU Gong Kedak mengucapkan terima kasih kepada Mej (Dr) Hazama binti Mohd Nor di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Pegawai Perubatan Pergigian Angkatan Tentera dan tahniah kepada Mej (Dr) Mohd Najib bin Md Razi yang diamanahkan menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Pakar Perubatan Pergigian yang baru. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.