PENYERAHAN CEK BAYARAN TUNTUTAN KECEDERAAN KOPERASI TENTERA

WhatsApp Image 2021 08 13 at 63541 PM 1 WhatsApp Image 2021 08 13 at 63542 PM WhatsApp Image 2021 08 13 at 63541 PM

BATU PAHAT, 13 Ogos 2021 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Brig Jen Mohamed Fadzil bin Ismail TUDM telah mewakili Panglima Operasi Udara bagi meyampaikan cek bayaran tuntutan kecederaan Skim Takaful Kelompok Angkatan Tentera Malaysia kepada Kpl U Afiq bin Baharudin.  Penyerahan cek tersebut telah disampaikan kepada Puan Hapidah binti Othman isteri kepada Kpl U Afiq bertempat di kediaman anggota di Batu Pahat, Johor.

Terdahulu, anggota yang bertugas di Pejabat MPOU A3 telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 11 September 2018 yang lalu mengakibatkan pendarahan otak (severe head injury with skull fracture and intracranial bleeding and polytrauma).

Seluruh warga MPOU menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar Kpl U Afiq kembali sembuh serta diharap keluarga anggota tabah dalam menghadapi dugaan menimpa.

Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Staf MPOU, Brig Jen Dato’ Othman bin Ahmad TUDM dan AKS A1, Lt Kol Khuzairi bin Mohd Arshad TUDM.