SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH PUSAT KAWALAN TRAFIK UDARA BERSAMA (PUKALUB) SUBANG

 1

SUBANG, 22 Jan 21 – Mej Mohamad Nor Azlan bin Ab Rahim TUDM telah mengambil alih jawatan Pegawai Memerintah PUKALUB Subang daripada Lt Kol Mohamad Zain bin Daud TUDM yang akan bersara mulai Ogos 2021. Serah terima tugas tersebut disaksikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Omar bin Haji Dawami TUDM serta pegawai dan anggota PUKALUB Subang.

Seluruh warga PUKALUB Subang mengucapkan terima kasih kepada Lt Kol Mohamad Zain bin Daud TUDM di atas jasa dan sumbangan sepanjang memegang jawatan Pegawai Memerintah PUKALUB Subang. Sekalung tahniah kepada Mej Mohamad Nor Azlan bin Ab Rahim TUDM dan semoga terus cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.