SEMBAHYANG KHAS AGAMA KRISTIAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN (HUT) TUDM KE 65 DI GEREJA ST FRANCIS ASSISI, CHERAS

1 2 3
4 6 7
8 9 10
11 12 13

 

KUALA LUMPUR, 18 Jun 23 - Pengarah Inspektorat TUDM, Kol Tan Chee Kee TUDM berserta beberapa anggota Kristian TUDM dan veteran Kristian TUDM telah menghadiri Sembahyang Khas Agama Kristian sempena HUT TUDM yang ke 65 di Gereja St. Francis Assisi, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Sembahyang Khas tersebut telah disempurnakan oleh Rev Fr Valentine Gompok OFM Cap, The Custos of Malaysia and Singapore.

Anggota TUDM dan keluarga yang beragama Kristian adalah daripada beberapa Pangkalan Udara di seluruh Malaysia. Selepas Sembahyang Khas tersebut, semua hadirin telah diraikan dengan jamuan Hi-Tea dan acara pemotongan kek sempena HUT TUDM. Disamping itu juga turut diadakan sambutan Hari Bapa yang kebetulan jatuh pada hari yang sama. Acara hiburan juga turut diadakan untuk memeriahkan majlis jamuan tersebut.

Serentak dengan itu satu pameran khas telah diadakan dengan kerjasama pihak Markas TUDM, Muzium TUDM dan Persatuan Scale Modellers Malaysia yang telah mempamerkan model-model pesawat TUDM. Pameran tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik dari warga Gereja Francis Assisi. Selain dari meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap fungsi dan kepentingan TUDM kepada negara, pameran tersebut juga telah berjaya mengerat serta memperkukuh hubungan TUDM dengan masyarakat setempat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer