KUCHING, 20 Jun 23 - Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Majlis Sumbangan Kebajikan kepada anggota PU Kuching yang mempunyai pasangan dan anak sakit kronik serta kurang upaya.
Antara jenis sumbangan yang disampaikan adalah sumbangan lampin pakai buang dan makanan tambahan dan bantuan kebajikan am daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) serta sumbangan kali pertama pasangan dan anak sakit kronik dan kurang upaya daripada Tabung Kebajikan TUDM.
Majlis telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM diiringi Pemangku Ketua Cawangan Tadbir, Mej Mohammad Shaharil Nizzam bin Basiron TUDM. Seramai 2 orang pegawai dan 4 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menerima sumbangan ini. Penerima yang terlibat ialah Mej Mohammad Fitri bin Haron TUDM, Kapt Amirul Faiz bin Mohd Sufi TUDM, FSjn Mohd Rusydi bin Mohd Sezali, FSjn Abang Al Idza bin Mohd Salleh, Sjn U Zulhanif bin Osman, Kpl U Hewlett Firdausneil anak Dominic.
Kol Baharin bin Mohamad TUDM dan isteri, Puan Rosdiana binti Mat Yakim turut menziarahi isteri Mej Mohd Hatta Akbar bin Mohamad Ibrahim TUDM, Puan Ermelia Suzanti Dulait yang menghidap penyakit Kanser Payudara Tahap 3. Sumbangan waris sakit kronik kali pertama daripada Tabung Kebajikan TUDM turut disampaikan semasa lawatan.
Beliau turut mendoakan agar Puan Ermelia diberi kekuatan dan ketabahan jiwa serta kesabaran di dalam menghadapi ujian kesihatan dan dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.