KUANTAN, 26 Jul 21 - Pangkalan Udara Kuantan terus komited dalam melaksanakan tugas Op Penawar dalam usaha menyekat penuluran Pendemik COVID-19 di kalangan masyarat di negeri ini. Penugasan anggota PU Kuantan yang terdiri dari anggota Skn 213 HANDAU dan Skn/Cwg telah ditingkatkan ekoran terdapatnya penambahan SJR dan PKPD bersasar di lokaliti Daerah Kuantan dari 18 Jul 21 lalu.
Sehingga kini sejumlah 11 anggota ditugaskan setiap hari melibatkan tiga penempatan SJR iaitu di SJR Tol Kuantan, SJR Jalan Jabor dan SJR Jalan Cherating manakala satu penugasan di PKRC iaitu PKRC Dewan SUKPA.
Ketua Skn 213 HANDAU telah mengadakan Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Tugas Op PENAWAR ke atas semua penempatan anggota bertugas. Lawatan ini bertujuan meninjau SOP pelaksaan tugas anggota terlibat dan memastikan PPE sentiasa mencukupi bagi keselamatan anggota bertugas.