PROGRAM PEMBASMIAN SKIM CEPAT MISKIN SIRI 01/22 KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0006 resize DSC 0009 resize DSC 0012 resize
DSC 0014 resize DSC 0015 resize DSC 0024 resize

 

ALOR SETAR, 5 Jul 22 - Program Pembasmian Skim Cepat Miskin Siri 1/22 telah diadakan bertempat di Dewan Taming Sari, Kolej Tentera Udara yang dihadiri seramai 130 orang termasuk 119 anggota dan 11 orang Ahli BAKAT KTU bagi menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada anggota dan para isteri berkenaan bahaya dan risiko jika terlibat dengan pelaburan haram. Selain itu, program ini turut dilaksanakan untuk memberi pendidikan berkenaan pengurusan kewangan agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Dalam program ini juga, anggota berpeluang menyemak dan mencetak status CCRIS masing-masing selain boleh mendapatkan khidmat kaunseling kewangan secara percuma daripada pihak AKPK.

DSC 0029 resize DSC 0035 resize DSC 0037 resize

 

Terdapat dua (2) sesi ceramah bertajuk 'Ceramah Kesedaran Jenayah Komersil Kesejahteraan Komuniti (jenayah dalam talian) di Malaysia yang disampaikan oleh. Inspektor Mohamad Zakuan bin Mohamad Yaziz, penceramah jemputan dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Kota Setar manakala untuk sesi kedua bertajuk 'Ceramah Pengurusan Kewangan' yang disampaikan oleh Puan Hartini binti Hussin iaitu Kaunselor Kredit AKPK penceramah jemputan dari AKPK Cawangan Negeri Kedah.

Selain daripada itu, turut diadakan Pertandingan Poster Kesedaran Skim Cepat Miskin sempena program ini dan semua unit dan cawangan dialu-alukan untuk menghantar penyertaan bagi menggalakkan lagi sokongan dari anggota berkenaan isu skim cepat miskin ini.

Turut hadir pada program ni adalah Komandan Kolej tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM serta pegawai-pegawai Eksekutif kolej.

Pada akhir program Komandan Kolej Tentera Udara telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada penceramah-penceramah jemputan dan diiringi oleh Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, Pegawai Eksekutif Kolej.