ALOR SETAR, 5 Jul 22 - Perbarisan Ajutan Kolej Tentera Udara telah diadakan bertempat di Padang kawad, Kolej Tentera Udara. Perbarisan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa diikuti dengan pemeriksaan perbarisan oleh Lt Nur Fatin Farahanis binti Mat TUDM, Ajutan Kolej Tentera Udara.
Perbarisan ini telah dihadiri oleh seramai 131 orang termasuk 4 orang pegawai dan 127 orang anggota LLP yang diketuai oleh Lt Muhammad Adib Haiqal bin Ngadenin TUDM, dari ITAS sebagai Ketua Perbarisan.
Pada akhir perbarisan dalam ucapan Ajutan Kolej, beliau berharap agar perbarisan ini dapat mewujudkan semangat rejimental sebagai seorang warga tentera. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga Kolej tentang persediaaan menghadapi pemeriksaan tahunan oleh MPPLU dan IJTU seperti yang semua telah maklum serta budaya memberi hormat di kalangan pegawai dan anggota TUDM yang harus diberi perhatian kerana ianya mencerminkan budaya, imej dan identiti anggota ATM amnya dan anggota TUDM khasnya.
Pada akhir ucapan, beliau juga memberi peringatan tentang keselamatan dan kesihatan terhadap ancaman COVID-19 serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua anggota yang beragama Islam.