BUTTERWORTH, 8 FEB 23 - Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin telah memberi peluang kepada mana-mana sekolah yang berminat untuk membuat lawatan ke Pangkalan Udara Butterworth pada 8 Feb 23 bagi Program Lawatan Hari Bersama Sekolah dan Tadika.
Program ini telah dikoordinasikan oleh Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Mohd Nazeri bin Noor dan dibantu oleh Cawangan Tadbir dan Cawangan Kejuruteraan iaitu No. 15 Skn, No. 18 Skn, No. 3 Skn dan Cawangan Bomba.
Sebanyak tiga (3) buah Sekolah Rendah, tiga (3) buah Tadika dan sebuah Sekolah PASTI telah berminat bagi menyertai lawatan ke PU Butterworth. Seramai 62 guru pengiring dan 586 pelajar yang terlibat semasa program ini berlangsung.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Pameran Kapal Sawat, Pameran Truck Bomba dan Pameran Replika. Program ini mendapat sambutan amat memberangsangkan oleh semua pihak sekolah yang hadir dan maklum balas yang baik terhadap Pameran yang diadakan.
Berdasarkan minat dan sambutan yang diberi dari pelajar Sekolah serta Tadika telah merangang minat dan kecenderungan pelajar-pelajar tersebut untuk memilih kerjaya Pegawai TUDM di masa hadapan dalam kesibukan menjalani tugas operasi Pu Butterworth komited memupuk hubungan murni dengan pihak awam Hari Bersama Sekolah dan Tadika khusus untuk membangunkan kerjasama Awam dan Tentera (CIMIC).
Semoga hari terbuka seperti ini dapat diadakan lagi dan dapat melakar nama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sepertimana indahnya cogan kata ‘SENTIASA DI ANGKASA RAYA”.