PROGRAM JIWA MURNI SEKOLAH KAWALAN TRAFIK UDARA (SKTU), INSPRA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DI SK ULU DONG

1 2 3
4 5 6

 

RAUB, 10 Ogos 2025 – Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), INSPRA telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Dong pada 7 Ogos 2025, bersempena latihan Mobile Air Operation Team (MAOT) serta majlis perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah berkenaan.

Program ini diketuai oleh Mejar Muhamad Nur Amin bin Md Nafiah TUDM bersama lima (5) jurulatih pegawai, enam (6) staf sokongan dan 13 peserta Kursus Basic Air Traffic Control Officer (BATCO) Siri 48/24.

Antara pengisian utama program ialah taklimat oleh Leftenan Muhammad Alif bin Redzuan TUDM yang menyampaikan perkongsian mengenai semangat patriotisme daripada perspektif ketenteraan, selain menekankan kepentingan menghayati nilai tersebut dalam kalangan pelajar. Sesi ini menerima sambutan positif daripada warga sekolah yang menunjukkan minat mendalam terhadap peranan dan tanggungjawab anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar SK Ulu Dong yang menceriakan suasana, diikuti dengan sesi pertukaran cenderamata antara pihak sekolah dan INSPRA. Program ini menjadi platform berkesan untuk mengeratkan hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya TUDM, dengan masyarakat setempat.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY