![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
PUTRAJAYA, 9 Ogos 2025 - Markas Tentera Udara-Bahagian Materiel telah menganjurkan Program Away Day bertempat di Taman Botani, Putrajaya yang melibatkan seluruh pegawai dan anggota serta staf awam bersama ahli keluarga.
Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh kesejahteraan dan kebajikan anggota, selaras dengan Tonggak Ke-6 Perintah Ulung Panglima Tentera Udara yang menekankan usaha melestarikan warga udara.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk senamrobik, permainan santai explore game bertemakan “Kenali Flora dan Fauna”, sukaneka, serta pelbagai permainan kanak-kanak yang bertujuan memupuk semangat berpasukan dan kerjasama.
Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi (work-life balance) di samping menekankan kepentingan kecergasan fizikal dan mental.