PROGRAM JIWA MURNI ANJURAN PUSPEKA

WhatsApp Image 2025 02 06 at 14.43.10 WhatsApp Image 2025 02 06 at 14.43.10 1

 

SUNGAI BESI, 5 Feb 25 – Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA), Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Program Jiwa Murni TUDM kategori sumbangan berkaitan Ceramah Kerjaya bersama pelajar-pelajar Tahun Asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang merupakan salah satu Civil Military Cooperation (CIMIC) tahun 2025 berteraskan dasar Teras (4) Civil Military Cooperation (CIMIC) di bawah Pelan Strategi Mindef (PSM) 2021 – 2025 bersempena Hari Taklimat Fakulti Kejuruteraan kepada Pelajar Tahun Asasi di Dewan Bestari UPNM.

Program di bawah kelolaan Pengarah PUSPEKA, Kol Nornizam bin Kamarudin TUDM dan disampaikan oleh Mej Aziizur Rahman ACPE, P.Eng, Ph.D TUDM amat mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 287 orang pelajar dan sokongan daripada seluruh pihak pentadbir Fakulti Kejuruteraan UPNM. Program ini adalah usaha sama di antara PUSPEKA dan Fakulti Kejuruteraan UPNM yang dikoordinasikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UPNM, Prof Madya Dr Ku Zarina.

Antara pengisian utama program ini adalah ceramah kerjaya yang menerangkan aktiviti dan tugas jurutera di dalam TUDM secara amnya dan tugasan jurutera di PUSPEKA secara khasnya bagi menarik minat pelajar tahun asasi menyertai Fakulti Kejuruteraan dan menyertai kerjaya sebagai seorang tentera dan menjadi Military Engineer.

Pelaksanaan ceramah kerjaya ketenteraan khasnya sebagai seorang jurutera juga dilihat mampu mewujudkan interaksi antara pelajar dan tentera supaya dapat mendekatkan hubungan antara pelajar UPNM dari peringkat tahun pertama dengan organisasi pertahanan ini dan membuka minda untuk sama-sama memilih untuk berbakti kepada negara.

Diharapkan supaya kerjasama sebegini dapat dilaksanakan pada masa akan datang dalam memupuk hubungan baik antara pihak warga pertahanan bersama pelajar dan warga UPNM.

-KEARAH TEKNOLOGI TINGGI-

PROGRAM MOTIVASI PENDIDIKAN DAN PAMERAN KERJAYA TERAS 4 PENGUKUHAN KERJASAMA AWAM-TENTERA PELAN STRATEGIK MINDEF (PSM) 2021-2025

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer