PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF KOLEJ TENTERA UDARA

DSC 0005 resize DSC 0016 resize DSC 0020 resize

 

ALOR SETAR, 24 Mei 22 - Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Eksekutif Kolej Tentera Udara di antara Kol Rizam bin Ibrahim TUDM dengan Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM telah diadakan di hadapan Markas Kolej Tentera Udara pagi tadi.

Upacara menandatangani dan penyerahan dokumen serah terima tugas Pegawai Eksekutif Kolej ini telah disaksikan oleh Komandan Kolej, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM dan dihadiri semua peringkat pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari semua bahagian KTU.

Kol Rizam bin Ibrahim TUDM sebelum ini memangku tugas sebagai Pegawai Eksekutif dan beliau juga merupakan Pegawai Memerintah ITAS. Manakala Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM pula menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif KTU.