KURSUS PENGURUSAN JENAZAH LELAKI SIRI 1/22

DSC 0013 resize DSC 0038 resize DSC 0048 resize
DSC 0055 resize DSC 0067 resize DSC 0073 resize

 

ALOR SETAR, 25 Mei 2022 - Seramai 40 orang warga KTU terdiri dariapada pegawai, anggota LLP dan kakitangan awam telah terlibat dalam menjayakan Kursus Pengurusan Jenazah yang dipimpin oleh PW II Mohd Hasbullah bin Mohd Puad, Penasihat Hal Ehwal Islam Pej Agama KTU yang diadakan di Surau Asy-Syakirin, Kuarters Kem Kelubi.

Dalam majlis sama, Komandan KTU, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM turut menyempurnakan Majlis Penutup Kursus sambil diiringi oleh Pegawai Laksana Kolej, Kol Ungku Suzaini Bin Ungku Ahmad TUDM dan Pegawai Memerintah ITAS Kol Rizam bin Ibrahim TUDM.

Komandan KTU dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Agama KTU yang berjaya menganjurkan kursus ini dan semua peserta kursus yang hadir. Beliau berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi meningkatkan ilmu dan pengalaman di kalangan warga KTU dan beliau berharap pengalaman tersebut mampu memberi nilai tambah dan pengetahuan yang cukup berguna dalam usaha berterusan memberi kefahaman dan ilmu berkaitan pengurusan jenazah yang betul untuk menghindarkan seseorang dari melakukan amalan yang bertentangan dengan syariat. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam kursus ini boleh digunakan untuk membantu pasukan sekiranya berlaku kematian di KTU, di samping dapat mengamalkannya apabila ada kematian di kalangan ahli keluarga sendiri.