PERBARISAN KOMANDER PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 8428 DSC 8470 DSC 8683
DSC 8711 DSC 8736 DSC 8704

 

KUANTAN, 17 Jan 23 - Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Perbarisan Komander Pangkalan yang diadakan di Dispersal Area Cawangan Kejuruteraan, pada pagi ini.

Perbarisan pada pagi ini terdiri daripada enam (6) Pegawai dan 205 anggota LLP diketuai oleh Mej Mohd Norfahdrizal bin Omar TUDM; Ajutan Perbarisan, Kapt Amirul Iskandar bin Abd Rahman TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U I Tc Mohd Shahrul Pidaus bin Abd Razak. Perbarisan telah dimulakan dengan tabik hormat oleh kontinjen perbarisan kepada Komander Pangkalan. Seterusnya, pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.

Upacara diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota LLP. Kapt Kasban bin Abdullah TUDM telah dinaikkan ke pangkat Mej TUDM berkuatkuasa 3 Jan 2023 dan memegang jawatan sebagai Ketua Flait Operasi di Cawangan Operasi. Seramai 12 Pegawai berpangkat Lt TUDM telah dinaikkan pangkat ke Kapten TUDM manakala seramai 13 anggota berpangkat F/Sjn telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waren Udara II.

DSC 8493 DSC 8554 DSC 8451
DSC 8707 DSC 5832 DSC 8702

 

Komander Pangkalan dalam ucapannya, mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pegawai dan anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat. Beliau juga menzahirkan penghargaan buat seluruh warga pangkalan merangkumi unit operasi dan unit sokongan serta unit lojer serta staf awam yang dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang pada tahun 2022. Beliau berharap agar seluruh warga pangkalan dapat mengekalkan mutu kerja cemerlang bagi tahun ini agar segala perancangan pangkalan pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beliau juga menekankan kepentingan keselamatan di tempat kerja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Seluruh warga pangkalan mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi inspirasi untuk meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan.