PERBARISAN KETUA CAWANGAN TADBIR PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.34 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.35 1 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.35
WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.36 1 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.36 2 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.36
WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.37 1 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.37 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.38 1
WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.38 2 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.38 WhatsApp Image 2025 02 04 at 16.20.39

 

BUTTERWORTH, 3 Feb 25 - Perbarisan Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan Udara Butterworth telah diadakan bertempat di perkarangan Pejabat Agama Pangkalan. Perbarisan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa seterusnya pemeriksaan barisan oleh Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM, Ketua Cawangan Tadbir PU Butterworth. Perbarisan ini berkekuatan seramai 9 pegawai dan 57 anggota LLP dan kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Cawangan Tadbir.

Dalam perbarisan ini turut diadakan pemakaian pangkat kepada anggota Cawangan Tadbir dari Pejabat Agama iaitu Kpl Wan Mohd Nuruddin bin Wan Karma yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan dan turut diadakan penyampaian sumbangan kepada anggota Cawangan Tadbir yang baru menerima cahaya mata.

Dalam ucapan Ketua Cawangan Tadbir, beliau menekankan agar semua anggota bersiap sedia dalam semua aspek bagi menghadapi pemeriksaan Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) dan IGTU kelak.

Di akhir ucapan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai, anggota dan kakitangan awam di atas prestasi kerja dan komitmen yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan di bawah Cawangan Tadbir ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer