IPOH, 24 Feb 22 – Perbarisan Bulanan Komandan Akademi Tentera Udara telah diadakan di Padang Kawad A yang terdiri daripada lima (5) Pegawai, 103 anggota LLP dan 300 PjM U Siri 64/21. Perbarisan tersebut adalah perbarisan sulung bagi Kol Junairi bin Baharom TUDM semenjak dilantik sebagai Komandan Akademi Tentera Udara pada 9 Feb 22 yang lalu.
Perbarisan ini diketuai oleh Mej Adisman bin Hazari TUDM dan dilaksanakan mengikut 'Standard Operating Procedure' (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Di samping itu juga, upacara pemakaian pangkat turut diadakan semasa perbarisan berlangsung. Pada masa yang sama, Komandan menyampaikan anugerah kepada Cawangan Materiel atas pencapaian 100% dalam Accountability Index Monitoring Systems (AIMS) dan dua (2) anggota ATU yang dipilih sebagai Penuntut Kursus Terbaik iaitu Kpl U Ahmad Anwar bin Mohd Khalid dan LU I Biede Judith.
Dalam ucapan beliau, Komandan menyampaikan amanat kepada warga akademi agar terus mengekalkan disiplin diri yang tinggi serta meneruskan budaya kerja yang cemerlang di sepanjang tahun 2022. Beliau turut menekankan garis panduan budaya kerja yang perlu diamalkan oleh setiap warga ATU dengan memperkenalkan Commandant's Intent iaitu "We will work as one team, with one goal, making our personnel the best they can be."
Warga Akademi Tentera Udara mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat serta beberapa pencapaian lain yang mengharumkan nama akademi di peringkat perkhidmatan. Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin kecemerlangan serta dapat memberi perkhidmatan dengan penuh komited dan dedikasi.