BANDAR SRI SENDAYAN, 25 Feb 22 – Serah Terima Tugas Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara telah berlangsung di antara Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM dengan Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM, hari ini.
Acara serah terima tugas yang diadakan di Dewan Kuliah Utama, Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM serta turut dihadiri oleh Wakil Komander Pangkalan Udara Sendayan, Wakil Pengarah Perundangan dan Pegawai Memerintah INSTAR.
Seluruh warga TUDM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM di atas jasa bakti sepanjang memegang jawatan sebagai Pengarah PSTU. Tahniah juga diucapkan kepada Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM di atas pelantikan sebagai Pengarah PSTU yang baharu.