PERBARISAN BULAN KOMANDER PANGKALAN UDARA KUANTAN

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 17 Apr 23 – Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bertempat di Dispersal Area Cawangan Kejuruteraan.

Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Wan Muhammad Haqimi bin Wan Zin TUDM dari No 10 Skuadron; Ajutan Perbarisan, Kapt Amirul Ashraf bin Ahmad Danian TUDM dari Skuadron 320; Ketua Flait No 1, Kapt Wan Mohd Syafiq bin Wan Idris dari Cawangan Materiel; Ketua Flait No 2, Kapt Mohd Nazrul Shafiq bin Mohd Ridzuan TUDM dari Cawangan Tadbir; Ketua Flait No 3, Kapt Nashiruddin Zamri TUDM dari No 10 Skuadron; Ketua Flait No 4, Kapt Mohan Kumar a/l Poonaesparan TUDM dari Cawangan Operasi dan Ketua Flait No 5, Kapt Mohd Amir Hakim bin Suhaimi TUDM dari Skuadron 401 manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Abdul Wahab bin Mohd Juri dari Cawangan Kejuruteraan.

Upacara perbarisan telah dimulakan dengan tabik hormat kontinjen perbarisan kepada Komander Pangkalan, Nyanyian Lagu Perwira Di Angkasa seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan.

7 8 9
10 11 12

 

Dalam perbarisan ini, Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 11 Anggota Lain-lain pangkat. Turut diadakan penyampaian cenderahati jasamu dikenang kepada pesara kakitangan awam iaitu Encik Azmi bin Mohamad dan Puan Noriah binti Sirat.

Komander Pangkalan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikkan pangkat ini menjadi pemangkin semangat kepada anggota lain untuk terus berusaha menghasilkan tugasan yang bermutu tinggi. Beliau juga mengucapkan ucapan syabas atas beberapa pencapaian terbaik sepanjang tempoh suku pertama 2023 antaranya ialah kejayaan Pasukan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) dari pangkalan iaitu ALEXANDER: PULATIBANG III dan Radar Processor Interface Device (RAPID): Cawangan Kejuruteraan disamping kejayaan Pasukan Badminton Pangkalan menjadi Johan Badminton Antara Pangkalan serta pengiktirafan 5 bintang Audit AIMS BADSA. Diakhir ucapan, beliau sekali lagi menekankan aspek keselamatan tempat kerja semasa cuti perayaan kelak.

Upacara perbarisan diakhiri dengan laungan Ikrar Kesatria oleh seluruh warga pangkalan dan bacaan doa.