KUANTAN, 17 Apr 23 – Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), INSPRA telah mengadakan Majlis Penutup bagi Kursus Advance Air Traffic Control Assistant (AATCA) Serial 54/23 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat yang telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM. Tujuan dan objektif utama kursus AATCA dilaksanakan adalah untuk meningkatkan perlaksanaan tugas di dalam Base Operation Room dan Flight Planning Office (FPO) serta meningkatkan Attitude, Knowledge dan Skills di dalam bidang Kawalan Trafik Udara. Kursus AATCA Siri 54/23 telah bermula pada 3 Jan dan tamat pada 5 Mei 23. Peserta AATCA ini terdiri daripada 22 anggota berpangkat Laskar Udara Kanan. Anugerah Penuntut Kursus Terbaik keseluruhan AATCA Serial 54/23 telah disandang oleh LUK Muhammad Faisol bin Abd Wahab. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang telah menamatkan kursus dengan jayanya.