PERBARISAN AJUTAN PANGKALAN PU GONG KEDAK

6eeec6d5 074d 4d7a a97b 36ba0ace5041 a1bdf356 b4a5 463c 98c6 7417be52fa60 e37eb2b0 51b3 4534 8f77 179f8327efbc
9919a5ff 0dfb 4c60 b453 c958dd6466a7 4f9131c5 cc1e 433b a959 01b4323f9a21 ffb882e4 8239 454e 9dd1 cf8b25831a37
9c171d5b 002e 4ce2 9362 87c9716ed0eb 1930e216 793e 4ad8 b5f5 3a74fe9de1e3 9bd25dc6 68f0 4ab7 b3d5 6ac6b1989ff1

 

GONG KEDAK, 21 Okt 24 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Perbarisan Ajutan Pangkalan iaitu Kapt Sharifah Shahirah Yusni binti Mohd Yusoff TUDM yang bertempat di Padang Kawad Pangkalan. Perbarisan pada pagi ini terdiri daripada empat (4) pegawai dan 145 orang anggota LLP yang diketuai oleh Kapt Mohd Haffiq bin Anuar TUDM, daripada Cawangan Operasi sebagai Ketua Perbarisan dan Pegawai Waran Perbarisan PW U II Muhamad Farif bin Md Noor daripada Cawangan Kejuruteraan.

Semasa perbarisan berlangsung, Ajutan Pangkalan telah membuat pemeriksaan perbarisan dan pakaian bagi memastikan tahap disiplin tentera sentiasa di amalkan oleh setiap anggota pangkalan. Semasa ucapan, beliau telah mengingatkan kepada semua peringkat anggota dan pegawai yang hadir mengenai kepentingan saling hormat menghormati sesama anggota dan pegawai agar tidak memandang remeh regimental ketenteraan.

Beliau juga menegaskan kepada setiap peringkat anggota agar sentiasa mematuhi Direktif PTU 5A dan 5B, iaitu Penyalahgunaan Racun Terkawal yang boleh memberikan kesan kepada perkhidmatan anggota.

Selain itu, beliau turut menekankan pelaksanaan etika Work-Life Balance dalam pekerjaan agar tidak mempengaruhi prestasi kerja, menangani stress dan kebajikan anggota serta keluarga sentiasa terjaga.